Followers

Friday, 22 July 2011

LAWATAN MAHABBAH & PENANDA ARAS KEPIMPINAN KE SMKA NAIM LILBANAT SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI9(SBT) KOTA BHARU KELANTAN

[19 JULAI 2011 SELASA]

       Lawatan ini disertai oleh ketua-ketua biro pengawas dan beberapa orang guru.seramai 14 orang pengawas lelaki,11 pengawas dan 14 orang guru.semua pelajar menaiki bas pada jam 8.00 am dan bersedia untuk bacaan doa.

pada jam 9.00am kami pun bertolak ke smka naim lilbanat kota bharu Kelantan.perjalanan kami mengambil masa selama 3 jam setengah.tepat jam 12.25 pm kami pun sampai ke destinasi yang dituju.kami disambut dengan sekumpulan pasukan pengawas dengan perarakan bunga mangga.

selepas itu kami ke sesi pergambaran.selepas itu kami ke bilik tayang untuk acara seterusnya.kami di mulai oleh bacaan doa dan ucapan aluan oleh penolong kanan pentadbiran(pk 1).selepas itu kami ditonton dengan tayangan profil sekolah mereka.di samping itu penolong kanan kokorikulum ustaz mohd nor bin ahmad telah membentangkan laporan tentang sekolah kita.

tepat jam 1.30 pm kami dihidangkan dengan makan tengahari di kantin sekolah.pada jam 2.00pm kami ke qalam centre bagi sesi liqa’ mahabbah antara pengawas, selepas habisnya sesi liqa’ mahabbah kami pun terus kepada acara penyampaian hadiah cenderahati suasana didalam dewan itu amat meriah, selepas itu pihak SMKA Naimlibanat telah memberikan kami risalah yang dikenali PENA daripada Exco multimedia SMKA naimlibanat,

pada jam 3.20 petang kami telah keluar dari pintu gerbang SMKA Naimlibanat , suasana dirakamkan dengan begitu meriah dan sedih kerana terpaksa terpisah dengan warga sekolah itu, selepas itu kami terus pergi kedenstinasi kami iaitu ke Rantau Panjang guru-guru kami telah membeli begitu banyak barang untuk dibawa pulang , malangnya kami terpaksa mengangkut ke dalam bas,

berakhir lah aktiviti kami dengan persinggahan di masjid untuk solat maghrib serta makan malam, tepat jam 11.30 kami telah sampai ke tempat di mana kami bertolak. Walaupun hanya sebentar perjalanan kami namun kami berasa sangat gembira dan diharapkan agar program ini diadakan lagi.


lawatan sma mahmudiah ke naim lil banat


sma mahmudiah dan smka naim lil banat










cikgu sma mahmudiah




pembahagian cenderamata kepada  sma mahmudiah




lawatan sma mahmudiah ke smka naim lil banat


barisan pengawas sma mahmudiah dan smka naimlilbanat





Kem Kepimpinan Pengawas 2011

(HARI PERTAMA 29 JUN 2011)
                Telah tiba pelajar SMA Mahmudiah ke Pusat latihan kecemerlangan pendidikan pada pukul 2.30 ptg, 15 minit kemudian semua pelajar masuk ke dewan  untuk sesi taklimat yang disampaikan oleh  Encik Rozlan Bin Ahmad selaku ketua penyelia pusat latihan kecemerlangan pendidikan batu rakit,selepas itu kami diagihkan kepada tiga bilik lelaki dan emat bilik perempuan.Selepas itu kami dihidangkan dengan makan tengah hari dan solat zohor secara berjemaah.Pada pukul tiga petang kami diarahkan ke dewan untuk taklimat serta  slot ice-breaking.Dalam slot ini kami diarahkan untuk melantik seorang penghulu dan penghuluwati serta beberapa ajk lain seperti ajk dewan makan,ajk kerohanian.ajk disiplin dan ajk sukan.kami menjamu minum petang serta solat asar.kami ke padang untuk bagi sesi riadah yang diketuai oleh encik roslan.pada jam 6.30 petang kami makan malam serta solat magrib diikuti tazkirah ringkas dan solat isyak.pada pukul 9.00 malam kami mengikuti slot kedua yang diketuai oleh ustaz mohd bin muda mengenai kepimpipinan.pada jam 11.00 malam kami tidur.
                (HARI KEDUA 30 JUN 2011)
                 SLOT pertama pada hari ini pada jam 8.00 pagi yang dipimpim oleh ustaz mohd bin muda,membincangkan tenteng tentang atur cara majlis.seleas itu kami minum pagi dan diteruskan dengan slot yang keempat di bawah pimpinan ustaz mohd bin muda.sebelum slot ke-5 diteruskan kami disajikan dengan juadah tengAH hari beserta solat.dalam  slot ke-5 kami membincangkan tentang cara-cara mengatasi masalah di sekolah yang dipimpin oleh oleh ustaz saa’ri.tepat jam 4.30pm kami disajikan dengan ,minum petang sebelam berangkat ke pantai.seorang pelajar tidak dapat mengikuti permainan ini akibat kesakitan pada tangan.kami sungguh gembira kerana dapat mengikuti permainan ini seterusnya membeli makanan laut yang bersalut tepung di pantai.tepat jam 9.00pm kami mengikuti sesi latihan dalam kumpulan(ldk) yang pimpin oleh ustaz ridhuan mengenai atur cara majlis.pada jam 11.00pm acara bola api dimainkan oleh semua peserta mengikut bilik masing-masing.pertandingan ini telah dimenangi oleh bilik c1 bagi lelaki dan c3 untuk perempuan. Kami berasa sangat gembira kerana data mengikuti aktiviti tersebut kerana itu adalah permainan yang belum kami lalui.

(HARI KETIGA 1 JULAI 2011)
                Kami dimulakan dengan sesi pembentangan tepat pukul 8.00 pagi yang diterajui oleh ustaz mohd redhwan. Sebaik saja selesai sesi pembentangan kami diserikan dengan juadah minum pagi dan sebaik saja selesai kami diminta untuk mengadakan latihan untuk majlis penutup yang akan dilangsungkan pada pukul 11.00 pagi, pada pukul 11.00 pagi , majlis penutup berjalan dengan lancarnya yang dihadiri oleh guru penolong kanan akademik cikgu mohd bin rani, semasa berlangsungnya majlis penutup tersebut , pihak sekolah telah memberikan hadiah kepada kami kepada setiap kumpulan, sebaik saja selesai maka tamatlah sesi kami bagi kem kepimpinan pengawas sesi 2011. Sebelum kami berangkat pulang kami sempat merakamkan gambar sebagai symbol kepada kenangan kami. Kami berasa sangat gembira kerana dapat mengikuti kem tersebut dan diharpan agar diteruskan lagi dan dijalankan ditempat lain yang lebih selesa. 

pengawas sma mahmudiah



kem pengawas sma mahmudiah 2011




kumpulan c1






Thursday, 21 July 2011

perkenal

salam perkenalan