Followers

Friday, 22 July 2011

LAWATAN MAHABBAH & PENANDA ARAS KEPIMPINAN KE SMKA NAIM LILBANAT SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI9(SBT) KOTA BHARU KELANTAN

[19 JULAI 2011 SELASA]

       Lawatan ini disertai oleh ketua-ketua biro pengawas dan beberapa orang guru.seramai 14 orang pengawas lelaki,11 pengawas dan 14 orang guru.semua pelajar menaiki bas pada jam 8.00 am dan bersedia untuk bacaan doa.

pada jam 9.00am kami pun bertolak ke smka naim lilbanat kota bharu Kelantan.perjalanan kami mengambil masa selama 3 jam setengah.tepat jam 12.25 pm kami pun sampai ke destinasi yang dituju.kami disambut dengan sekumpulan pasukan pengawas dengan perarakan bunga mangga.

selepas itu kami ke sesi pergambaran.selepas itu kami ke bilik tayang untuk acara seterusnya.kami di mulai oleh bacaan doa dan ucapan aluan oleh penolong kanan pentadbiran(pk 1).selepas itu kami ditonton dengan tayangan profil sekolah mereka.di samping itu penolong kanan kokorikulum ustaz mohd nor bin ahmad telah membentangkan laporan tentang sekolah kita.

tepat jam 1.30 pm kami dihidangkan dengan makan tengahari di kantin sekolah.pada jam 2.00pm kami ke qalam centre bagi sesi liqa’ mahabbah antara pengawas, selepas habisnya sesi liqa’ mahabbah kami pun terus kepada acara penyampaian hadiah cenderahati suasana didalam dewan itu amat meriah, selepas itu pihak SMKA Naimlibanat telah memberikan kami risalah yang dikenali PENA daripada Exco multimedia SMKA naimlibanat,

pada jam 3.20 petang kami telah keluar dari pintu gerbang SMKA Naimlibanat , suasana dirakamkan dengan begitu meriah dan sedih kerana terpaksa terpisah dengan warga sekolah itu, selepas itu kami terus pergi kedenstinasi kami iaitu ke Rantau Panjang guru-guru kami telah membeli begitu banyak barang untuk dibawa pulang , malangnya kami terpaksa mengangkut ke dalam bas,

berakhir lah aktiviti kami dengan persinggahan di masjid untuk solat maghrib serta makan malam, tepat jam 11.30 kami telah sampai ke tempat di mana kami bertolak. Walaupun hanya sebentar perjalanan kami namun kami berasa sangat gembira dan diharapkan agar program ini diadakan lagi.


lawatan sma mahmudiah ke naim lil banat


sma mahmudiah dan smka naim lil banat










cikgu sma mahmudiah




pembahagian cenderamata kepada  sma mahmudiah




lawatan sma mahmudiah ke smka naim lil banat


barisan pengawas sma mahmudiah dan smka naimlilbanat





No comments: