Followers

Saturday, 25 February 2012

Sarapan Pagi, Penting atau Tidak

Makan pagi berkhasiat asas kekal tenaga, kecergasan kanak-kanak

SENARIO 1 :

“MIMI tidak suka sarapan pagi. Kalau makan pagi dia mesti sakit perut. Selalunya lepas bangun tidur, dia akan terus ke sekolah. Lagipun tak sempat. Kami keluar rumah jam 6.45 pagi. Dia suka sambung tidur dalam kereta daripada makan,” kata Halimah ketika diaju soalan kenapa tidak menyediakan sarapan pagi untuk anaknya sebelum melangkah ke sekolah.

Sarapan pagi tidak saja mustahak, sebaliknya pemilihan sajian juga perlu diberikan perhatian kerana ia turut mempengaruhi kecerdasan individu. Kajian menunjukkan pengambilan sarapan pagi dapat membantu seseorang terutama kanak-kanak memberi tumpuan penuh ketika di sekolah dan membantu meningkatkan prestasi pembelajaran.


SENARIO 2 :

“MUHAMAD pula suka makan nasi dan ketulan nugget ayam. Setiap pagi saya akan sediakan nasi lemak atau nugget. Yang lain dia tidak selera. Lagipun dia bukan dalam kategori lebih berat badan. Dia kurus saja jadi saya kira tidak salah bagi makanan itu. Biar dia gemuk sikit,” kata Zaharah mengenai tabiat makan anaknya yang baru masuk Tahun Satu.

SENARIO ini mungkin biasa kita dengar. Sama ada tahu atau tidak ambil kisah, segelintir ibu bapa masih tidak memberi perhatian serius terhadap kepentingan sarapan pagi untuk memastikan anaknya dapat menumpukan sepenuh perhatian pengajaran di dalam kelas.

Mimi mungkin berhadapan dengan kelaparan yang amat sangat, pada jam 9 pagi lantaran tidak makan apa-apa, sejak masuk tidur jam 10 malam dan bangun 6.30 pagi.

Bagi Muhammad pula untuk beberapa jam awal persekolahan dia mungkin bertenaga, tetapi apabila guru mulai mengajar dan murid lain menumpukan perhatian pada papan hitam, fikirannya mulai mengelamun kerana mengantuk.


Sarapan pagi tidak saja mustahak, sebaliknya pemilihan sajian juga perlu diberikan perhatian kerana ia turut mempengaruhi kecerdasan individu. Kajian menunjukkan pengambilan sarapan pagi dapat membantu seseorang terutama kanak-kanak memberi tumpuan penuh ketika di sekolah dan membantu meningkatkan prestasi pembelajaran.

Tanpa sarapan pagi, kanak-kanak sukar untuk menumpukan sepenuh perhatian, tidak bermaya dan mengantuk di awal pagi persekolahan.

Pensyarah Kanan, Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Universiti Putra Malaysia, Dr Barakatun Nisak Mohd Yusof, berkata sarapan pagi amat penting bagi memulakan hari individu dengan lebih bertenaga selepas lebih lapan jam tidur, terutama otak.

Bagi kanak-kanak sekolah rendah berusia enam hingga 12 tahun, Dr Barakatun menjelaskan, makanan yang rendah kandungan lemak, sederhana protein dan karbohidrat serta tinggi kandungan serta vitamin dan mineral adalah yang terbaik untuk kanak-kanak sekolah rendah.

“Antara makanan yang paling mudah adalah bijirin sarapan. Apabila dicampur dengan susu. Mereka turut mendapat pelbagai khasiat seperti protein dan kalsium yang amat penting untuk pertumbuhan tulang dan gigi.

“Selain itu, roti bakar dan susu, roti dan keju ataupun nasi goreng atau mi goreng yang digoreng kurang minyak dan ditambah pelbagai jenis sayur-sayuran boleh dijadikan hidangan sarapan. Kuih-muih yang dibakar atau dikukus seperti popia basah dan apam kukus juga pilihan yang baik. Cuba kurangkan makanan diproses kerana ia tinggi lemak dan garam. Paling penting pelbagaikan hidangan supaya tidak cepat bosan,” katanya mengulas mengenai kepentingan sarapan pagi untuk anak-anak kecil yang mungkin belum arif mengenai kebaikannya.

Dari segi saintifik, kanak-kanak perempuan (sekolah rendah) perlukan 1,200-1,600 kalsium/harian (kcal/hari) manakala kanak-kanak lelaki memerlukan 1300-1800 kcal/hari. Kebiasaannya, mereka perlu makan 4-6 kali sehari. Makan dengan kerap tetapi pastikan saiz hidangan kecil adalah lebih baik berbanding makan banyak pada satu-satu masa.

Disebabkan kanak-kanak lama di sekolah dan perlu tumpu kepada pelajaran, Dr Barakatun berkata, makanan yang tinggi lemak dan gula jika diambil dalam jumlah yang berlebihan akan menyebabkan mengantuk.
Katanya, ibu bapa tidak perlu terlalu risau memikirkan sajian pilihan kerana rata-rata kanak-kanak dewasa ini memasuki tadika dan pastinya makan di awal pagi bukan lagi satu yang asing.

“Segelas susu di campur coklat ataupun koko sebenarnya sudah memadai. Jika ingin membeli minuman dalam kotak, pastikan ia berasaskan susu kerana minuman berasaskan susu adalah makanan lengkap memadai untuk keperluan di pagi hari. Jangan lupa melihat tarikh luput untuk setiap makanan komersil,” katanya.

Dr Barakatun tidak menafikan ada kanak-kanak yang enggan makan pagi seperti peribahasa ‘alah bisa tegal biasa’, namun sebagai ibu bapa kena bijak menanganinya secara perlahan-lahan.

“Pastikan pelbagai makanan dapat dihidangkan setiap hari. Mulakan dengan makanan kesukaan mereka dan kemudian apabila mereka sudah biasa mengambil sarapan pagi dan merasai nikmatnya kepada tubuh mereka, kenalkan kepada makanan yang lebih berkhasiat. Ibu bapa bukan saja perlu kreatif, tetapi pastikan waktu makan semua ada di meja. Kalau si ibu suruh anak makan, ibu kenalah juga makan, bukannya hanya memerhati dan mengarah “makan cepat” dari dalam bilik,” katanya.

Tidak sempat menyediakan sarapan, bukan alasan tidak menyediakannya makanan untuk anak kerana segelas susu atau sekotak susu sudah memadai untuk sarapan pagi bagi mereka memulakan hari mereka. Sarapan pagi amat penting untuk memastikan anak-anak dapat memaksimumkan potensi mereka di sekolah.


Jaga pemakanan kanak-kanak obes

SARAPAN pagi perlu untuk semua kanak-kanak termasuk mereka yang mengalami berat badan berlebihan atau obesiti.

Tanggapan kanak-kanak obesiti biasanya akan makan sesuka hati terutama jika diberikan belanja sekolah boleh mengundangnya makan banyak atau memilih makanan tidak sihat seperti bergoreng dan manis, adalah tidak betul sama sekali.

Dr Barakatun berkata, pendidikan mengenai apa itu makanan sihat amat penting kepada semua anak-anak ini.
Ibu bapa tidak seharusnya menyekat mereka yang obes untuk mengambil makanan pada waktu pagi kerana itu boleh menyebabkan kanak-kanak memberontak, sebaliknya perlu diberi secara berpatutan.
Kerjasama pihak sekolah dan kantin sekolah amat penting dengan tidak sewenang-wenangnya menjual makanan yang tidak berkhasiat.

“Pihak sekolah perlu memastikan makanan dijual adalah berkhasiat, selain menggalakkan aktiviti bersukan sekerap mungkin.

“Kanak-kanak obes perlu makan seperti kanak-kanak lain. Apa yang penting kualitinya, selain yang rendah lemak dan tinggi kandungan serat. Galakkan mereka makan sayur dan buah serta minum susu dua kali sehari. Elakkan makanan ringan dan yang diproses serta minuman manis dan bergas. Yang paling penting, pastikan mereka bergerak, bukan duduk saja di tepi padang melihat kawan lain bermain,” katanya.

Nasihat Dr Barakatun, membawa bekal juga mungkin idea yang baik untuk memastikan berat badan terkawal, selain terjamin khasiatnya, kebersihan dan kesegaran makanan.

“Makanan yang mudah basi termasuk berlemak tidak sesuai dibuat bekal ke sekolah. Pada peringkat ini ibu bapa perlu ajar anak-anak mengenal pasti makanan yang rosak melalui bau, warna dan rasanya kerana ia boleh mengundang keracunan makanan,” katanya.


INFO: Sarapan bukan saja memberi tenaga untuk memulakan hari baru, tetapi banyak faedah untuk kesihatan termasuk kawalan berat badan dan prestasi yang lebih baik.
·         Pemakanan berkhasiat dan lengkap, kaya nutrien, vitamin dan mineral memberikan tenaga kepada tubuh badan.
·         Dapat memberi lebih tumpuan serta prestasi di dalam kelas
·         Lebih tenaga atau kudrat untuk terbabit dalam aktiviti dalam kelas atau di atas padang
·         Membantu merendahkan tahap kolesterol.
Jenis sarapan:
·         Roti bakar dan susu, roti dan keju atau nasi goreng atau mi goreng yang digoreng kurang minyak dan ditambah pelbagai jenis sayur-sayuran boleh dijadikan hidangan sarapan.
·         Kuih-muih yang dibakar atau dikukus seperti popia basah dan apam kukus juga pilihan yang baik. Kurangkan makanan terproses kerana makanan seperti ini adalah tinggi lemak dan garam. Yang paling penting adalah pelbagaikan supaya mereka tidak cepat bosan.
Makanan yang tinggi lemak dan gula sekiranya diambil dalam jumlah yang berlebihan akan menyebabkan rasa mengantuk.

Friday, 24 February 2012

Buat Apa Pakai Tudung Kalau Hati Tak Betul

“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”.

“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”.
Ungkapan-ungkapan begini kerap menjadi alasan sebahagian wanita untuk tidak menutup aurat. Ada juga beralasan demikian untuk menangguhkan dahulu pemakaian tutup aurat buat sementara waktu. Apabila dalaman sudah sempurna, dan hati sudah bersih, barulah sampai waktu untuk melakukan kewajipan lahiriah, seperti menutup aurat.
Kalau alasan begini keluar dari mulut seorang muslimah disebabkan kejahilan, ia sudah cukup menunjukkan satu musibah terhadap dirinya. Kerana kewajipan menutup aurat adalah perkara asas dalam Islam, yang termasuk kategori ‘perkara yang dimaklumi dalam agama secara pasti’.
Tetapi jika seorang muslimah beralasan demikian kerana berhelah dalam kata-kata, sedangkan dia tahu dosa mendedahkan aurat, maka ini adalah musibah yang sangat besar. Bak kata pepatah Arab, “Jika engkau tidak tahu, ia satu musibah. Tetapi jika engkau tahu, maka musibahnya lebih besar”.
Apakah jawapan untuk menjawab mereka yang mendedahkan aurat dengan beralasan demikian?
1- Alasan bahawa tidak perlu menutup aurat kalau hati masih tidak betul. Tunggu iman sudah sempurna barulah nak tutup aurat.
Kita mengambil contoh undang-undang jalan raya. Setiap penunggang motorsikal di atas jalanraya diwajibkan memakai topi keledar keselamatan. Peraturan ini hendaklah dipatuhi samada pengguna selesa memakai topi keledar atau tidak. Samada dia memakai secara ikhlas mematuhi peraturan atau kerana terpaksa.
Seorang pesalah yang berdepan saman trafik kerana tidak memakai topi keledar, bolehkah dia memberi alasan dia tidak selesa memakainya, ataupun dia masih tidak setulus hati memakainya? Kalau hatinya sudah ikhlas mematuhi peraturan kerajaan, dia akan memakainya satu hari nanti. Adakah boleh diterima alasan demikian?
Begitu juga pemakaian tutup aurat adalah satu undang-undang ketetapan Allah Taala atas setiap mukallaf, tanpa mengambil kira tahap imannya. Tanpa mengira tahap keikhlasan dan ketulusan hatinya. Setiap orang yang bergelar muslim dan muslimah wajib menerimanya samada suka atau tidak, rela atau terpaksa. Hati bersih atau tidak, bukan alasan untuk meninggalkan kewajiapan menutup aurat.
2- Alasan bahawa walaupun dia mendedahkan aurat, tetapi dia menjaga maruahnya, tidak melakukan perkara yang tidak senonoh.
Sekali lagi kita mengambil contoh seorang penunggang motorsikal yang tidak memakai topi keledar keselamatan, kononnya dia seorang yang cermat di jalan raya. Tidak menunggang laju, apatah lagi melanggar lampu isyarat merah. Pada perkiraannya tidak mungkin berlaku kemalangan. Adakah alasan demikian diterima untuk mengecualikannya daripada peraturan topi keledar keselamatan?
Tidak sekali-kali. Walaupun dia mendakwa bahawa dia cermat, adakah dia boleh menjamin pemandu-pemandu kenderaan lain juga sepertinya? Betapa ramai pengguna jalan raya terkorban bukan kerana kesalahan dirinya, tetapi akibat kecuaian pemandu lain di hadapan atau belakangnya.
Begitu juga kalau ada wanita mendakwa bahawa hatinya suci, imannya tinggi, amalannya soleh dan maruahnya terjaga. Kononnya ia sudah cukup menjamin keselamatan diri dan maruahnya, tanpa perlu menutup aurat. Atau mendakwa bahawa mendedahkan aurat tidak akan menyebabkan dia melakukan jenayah lain.
Tetapi adakah dia berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat auratnya mempunyai hati sesuci hatinya dan iman setinggi imannya juga? Langsung tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan dan belakangnya?
Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat.
Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling.
Kesimpulannya, pemakaian menutup aurat adalah wajib atas setiap muslim dan muslimah, tanpa mengira tahap iman dan ikhlasnya. Dan Kewajipan wanita menutup aurat bukan setakat bagi memelihara maruahnya, tetapi bagi menjaga kemaslahatan masyarakat sekelilingnya.
Sekian

Kenapa Yahudi Bijak? Kita Perlu Menyaingi Mereka!

Artikel ini dialih bahasa dari penulisan Dr. Stephen Carr Leon. Beliau membuat sebuah tesis bertajuk ‘Mengapa Yahudi Bijak’. Kenyataan ini bukan untuk mengakui kebijaksanaan Yahudi tetapi untuk menggambarkan bagaimana dengan rancangan mereka kita semua boleh telah terpedaya dengan aturan mereka. Ikuti penulisan Dr. Stephen Carr Leon di bawah dan ketahui bagaimana Yahudi membina dan membangunkan kaum mereka.
*********************************************************
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.
http://wanwma.com/wp-content/uploads/2010/08/pendidikan-yahudi.jpg
Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.
Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.
Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.
Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.
Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!
Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran – admin). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!
Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai ‘Mengapa saya gemarkan tomato! ‘ Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
Penulis : Dr. Stephen Carr Leon
Di alih bahasa oleh :Adibah Mohd NoorMatriculation Lecturer, Department of SciencesUIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.

Kem Kepimpinan Pengawas 2011

(HARI PERTAMA 29 JUN 2011)
                Telah tiba pelajar SMA Mahmudiah ke Pusat latihan kecemerlangan pendidikan pada pukul 2.30 ptg, 15 minit kemudian semua pelajar masuk ke dewan  untuk sesi taklimat yang disampaikan oleh  Encik Rozlan Bin Ahmad selaku ketua penyelia pusat latihan kecemerlangan pendidikan batu rakit,selepas itu kami diagihkan kepada tiga bilik lelaki dan emat bilik perempuan.Selepas itu kami dihidangkan dengan makan tengah hari dan solat zohor secara berjemaah.Pada pukul tiga petang kami diarahkan ke dewan untuk taklimat serta  slot ice-breaking.Dalam slot ini kami diarahkan untuk melantik seorang penghulu dan penghuluwati serta beberapa ajk lain seperti ajk dewan makan,ajk kerohanian.ajk disiplin dan ajk sukan.kami menjamu minum petang serta solat asar.kami ke padang untuk bagi sesi riadah yang diketuai oleh encik roslan.pada jam 6.30 petang kami makan malam serta solat magrib diikuti tazkirah ringkas dan solat isyak.pada pukul 9.00 malam kami mengikuti slot kedua yang diketuai oleh ustaz mohd bin muda mengenai kepimpipinan.pada jam 11.00 malam kami tidur.
                (HARI KEDUA 30 JUN 2011)
                 SLOT pertama pada hari ini pada jam 8.00 pagi yang dipimpim oleh ustaz mohd bin muda,membincangkan tenteng tentang atur cara majlis.seleas itu kami minum pagi dan diteruskan dengan slot yang keempat di bawah pimpinan ustaz mohd bin muda.sebelum slot ke-5 diteruskan kami disajikan dengan juadah tengAH hari beserta solat.dalam  slot ke-5 kami membincangkan tentang cara-cara mengatasi masalah di sekolah yang dipimpin oleh oleh ustaz saa’ri.tepat jam 4.30pm kami disajikan dengan ,minum petang sebelam berangkat ke pantai.seorang pelajar tidak dapat mengikuti permainan ini akibat kesakitan pada tangan.kami sungguh gembira kerana dapat mengikuti permainan ini seterusnya membeli makanan laut yang bersalut tepung di pantai.tepat jam 9.00pm kami mengikuti sesi latihan dalam kumpulan(ldk) yang pimpin oleh ustaz ridhuan mengenai atur cara majlis.pada jam 11.00pm acara bola api dimainkan oleh semua peserta mengikut bilik masing-masing.pertandingan ini telah dimenangi oleh bilik c1 bagi lelaki dan c3 untuk perempuan. Kami berasa sangat gembira kerana data mengikuti aktiviti tersebut kerana itu adalah permainan yang belum kami cuba.




(HARI KETIGA 1 JULAI 2011)
                Kami dimulakan dengan sesi pembentangan tepat pukul 8.00 pagi yang diterajui oleh ustaz mohd redhwan. Sebaik saja selesai sesi pembentangan kami diserikan dengan juadah minum pagi dan sebaik saja selesai kami diminta untuk mengadakan latihan untuk majlis penutup yang akan dilangsungkan pada pukul 11.00 pagi, pada pukul 11.00 pagi , majlis penutup berjalan dengan lancarnya yang dihadiri oleh guru penolong kanan akademik cikgu mohd bin rani, semasa berlangsungnya majlis penutup tersebut , pihak sekolah telah memberikan hadiah kepada kami kepada setiap kumpulan, sebaik saja selesai maka tamatlah sesi kami bagi kem kepimpinan pengawas sesi 2011. Sebelum kami berangkat pulang kami sempat merakamkan gambar sebagai symbol kepada kenangan kami. Kami berasa sangat gembira kerana dapat mengikuti kem tersebut dan diharpan agar diteruskan lagi dan dijalankan ditempat lain yang lebih selesa. 


*BaDaR sMaMkB*: Jamuan akhir tahun pengawas

*BaDaR sMaMkB*: Jamuan akhir tahun pengawas

Wednesday, 22 February 2012

Israel Hasilkan Tomato Hitam

Sebuah syarikat perladangan Israel, Technological Seeds telah menghasilkan baka baru tomato berwarna hitam. Ia dinamakan sebagai ‘Black Galaxy’. Tomato ‘Black Galaxy’ ini berwarna hitam di bahagian kulitnya tetapi berwarna merah di bahagian dalam.
 
Menurut jurucakap Technological Seeds, penghasilan tomato hitam tersebut adalah hasil ujikaji pigmen warna seperti yang terdapat pada buah blueberry. Ia dikembangkan sehingga berjaya menghasilkan warna hitam pada buah tomato. Menurut mereka lagi, warna hitam pada kulit tomato sangat sensitif terhadap cahaya matahari. Justeru itu, apabila semakin lama terdedah pada matahari warna hitamnya menjadi lebih gelap.
 
Keistimewaan tomato jenis baru ini menurut penyelidik Technological Seeds bukan sahaja pada warnanya, malah ia mampu meningkatkan sistem ketahanan badan bagi mereka yang mengamalkannya. Ini kerana ia memiliki agen antioksidan dan vitamin C yang tinggi berbanding tomato biasa.
Tomato hitam ‘Black Galaxy’ mendapat perhatian meluas dunia apabila pertama kali diperkenalkan di Arava Agricultural R&D Exhibition di Israel baru-baru ini. Menurut jurucakap Technological Seeds, mereka berharap akan dapat memasarkan tomato tersebut meluas ke seluruh dunia tahun ini. Selain tomato hitam, Arava Agricultural R&D Exhibitionbanyak memperkenalkan hasil kajian dan tanaman baru seperti lemon tanpa biji, lobak berwarna pelangi, lemon berwarna merah dan peralatan pertanian seperti robot perladangan.
Sumber : Ytnews.com
Gambar:Freshplaza.com